Mesir Kesal, Wanita Tunjuk Punggung Depan Piramid

Kaherah – Tidak senonoh. Entah apa yang difikirkan oleh pelakon filem lucah ini, Carmen De Luz hinggakan dia boleh menunjukkan punggungnya sambil menunggang unta di depan piramid.
Walaupun berlakon filem lucah, tetapi tidak perlulah hendak bersikap lucah, dengan mempamerkan perangai tidak senonoh di negara orang, apatah lagi di Mesir.
Tindakan kurang ajar Carmen itu menyebabkan pihak berkuasa Mesir kesal dan siasatan kini dijalankan bagi mengetahui sama ada beliau menetap di kawasan pelancongan di situ.
Ini adalah kali kedua perbuatan mengambil gambar tidak senonoh dilakukan di hadapan piramid ketika tempoh masa lawatan berakhir pada hari berkenaan.
Tetapi Carmen boleh pula menjawab perbuatannya itu melalui twitter dengan menyatakan bahawa dia tidak merakamkan video porno sebaliknya lawatan ke situ adalah disebabkan dia jatuh cinta dengan Mesir.

Mac lalu, seorang pelancong wanita telah mendedahkan payudara dan melakukan oral seks di depan kamera.

SUmber;
MyNewsHub

University Malaysia Pahang Produces Anti-Hysteria Kit To Combat 'Spirits'

Pic: UMP/BernamaPic: UMP/BernamaKUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Pahang (UMP) has produced an anti-hysteria kit based on academic studies on hysteria and trance.
The kit is shariah compliant as well as free from any metaphysical forms, spirits or superstitution, said UMP vice-chancellor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim told Bernama.
“In the Quran and the hadith, it has been stated that these spirits are unable to tolerate salty, sour and spicy items,” UMP vice-chancellor Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim was quoted saying in Berita Harian, listing salt, lime, vinegar and black pepper as examples.
The items in the kit have long been used for treatment purposes. We just gave it a little edge to make it easier,” Daing said, adding that the product is also syariah compliant and free from any deviant elements.
The RM 8,750 pricing for the kit includes training for two on its usage, expert treatment services should there be no improvement in one’s condition, further treatment for chronic cases, three refills for items in the kit, a ceramah session, risk management costs and online consultation services.
As such, the kit has huge potential, he added.
The kit was developed based on a study headed by UMP's Islamic Centre and Human Development director, Dr Mahyuddin Ismail.
The kit was launched at the Education Ministry, Thursday.
UMP had earlier formulated a Standard Operating Procedure (SOP) to combat the use of witchcraft.
The two year study also received a grant of RM189,000 from the Education Ministry under the Knowledge Transfer Programme.

Sumber :
AstroAwani

Luahan Hati Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Atas DUKE


Semalam kita digemparkan dengan kejadian kemalangan yang menyayat hati di mana tiga beranak termasuk bayi berusia enam bulan meninggal dunia dalam satu kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) yang menjadi perhatian ramai pihak di Malaysia.

Kejadian tersebut dikatakan terjadi gara-gara enam buah pemilik kereta Myvi berlumba di atas jalan tersebut yang mengebabkan dua dari kereta mereka hilang kawalan lalu melanggar kereta jenis Pajero yang dipandu mangsa.

Rata-rata netizen berang dengan aktiviti enam pemilik kereta Myvi terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.


Kerana perlanggaran itu mangsa Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, bersama isteri Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan telah maut di tempat kejadian. Pasangan ini telah meninggalkan dua orang anak perempuan.

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.
Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.


"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.


Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami,” tulis Faiz malalui laman Facebooknya

Sumber:
Siakapkeli

Kerajaan Akan Rugi RM800 Juta Jika Cas GST Pada Kad Tambah Nilai Dihapuskan


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengalami kerugian besar sehingga RM800 juta jika Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan terhadap kad tambah nilai.

Perkara ini disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata ini kerana sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing.

“Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

“Jika kamu tanya, saya tidak mahu duit kita dibayar untuk subsidi kepada kad prabayar mereka,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Putrajaya turut bercadang akan mengenakan cas tambahan atau mengurangkan nilai kredit tambah nilai apabila kad diaktifkan.

Keputusan akan dibuat dan dilaksanakan selepas tinjauan dilakukan terhadap pengguna.

“Sebagai contoh bagi RM10 nilai kad prabayar terdapat dua pilihan sama ada dijual pada harga RM10.60 atau harga RM10 tetapi dengan nilai panggilan sebanyak RM9.43,” katanya.

Mengulas tentang tindakan pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mahu GST dihapuskan daripada kad prabayar, beliau berkata, ia mempunyai lebih kuasa dalam isu berkenaan.

“Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.


Dato Sri Najib sebelum ini melalui laman Twitternya berkata hanya Shabery layak mengeluarkan kenyataan berhubung isu GST kad prabayar.

"Shabery Cheek Please take charge of the topup issue. Mulai sekarang, sebarang pengumuman kepada rakyat hanya boleh dibuat oleh menteri KKMM saja," kata Najib di laman Facebook dan Twitter miliknya

Sumber:
Siakapkeli

Yana Samsudin Mula Muat Naik Imejnya Bertudung


Nampaknya keputusan Yana Samsudin yang merupakan pelakon dan pengacara untuk berhijab bukanlah main-main kerana ia sudah dibincangkan lebih awal lagi dengan suaminya dan keluarga.

Menurut Yana telah mula membuang sedikit demi sedikit gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di laman Facebook miliknya.

"Pada 28 April lalu, saya ada mengikuti majlis ilmu, Warung Halal di Kedah. Ketika itu, saya memang mengenakan tudung namun, belum terfikir untuk bertudung sepenuhnya.

"Pada keesokan harinya, saya hadir dalam program Wanita Hari Ini dan bertudung. Dari situlah saya mula terfikir untuk mengekalkan imej itu dan terus bertanya kepada suami.

"Alhamdulillah, dia menyambut baik keputusan saya. Mungkin ini adalah kerana doa daripada keluarga, suami, peminat dan sahabat. Saya sendiri pun tak tahu nak jelaskan macam mana kerana semuanya datang secara tiba-tiba," katanya yang dipetik Sinar Harian Online.

Rata-rata peminat amat teruja dengan penghijrahan Yana ini dan kebanyakan mencadangakan Yana memadams emua gambar-gamabr lamanya segera.

"Saya bersyukur dengan penerimaan positif di kalangan peminat. Sebagai pengurus, suami saya akan menguruskan mengenai perkara itu dan ia akan dibuat secara berperingkat.

"Namun, untuk iklan dan poster yang sudah dibuat, saya tidak boleh buat apa-apa kerana ianya dilakukan sebelum saya berhijab. Lagipun, saya tidak mahu menyusahkan pihak lain atas keputusan saya.

"Yang mana boleh diselamatkan, kami akan buat. Saya harap peminat akan memahaminya dan tidak menjadikan perkara ini sebagai isu selepas ini," katanya lagi.

SUmber:
Siakap Keli

Terkini...Pemuda PAS Mahu Pemandu Kereta Myvi Yang Bersalah BAYAR PAMPASAN RM1.2 JUTA Kepada Keluarga Mangsa !!!

Terkini...Pemuda PAS Mahu Pemandu Kereta Myvi Yang Bersalah BAYAR PAMPASAN RM1.2 JUTA Kepada Keluarga Mangsa !!! | Ketua Penerangan Pemuda PAS Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff mahu pemandu kereta Myvi yang terlibat dalam lumba haram yang menyebabkan kematian tiga sekeluarga supaya membayar sebanyak RM1.2 juta kepada keluarga mangsa. 


Menurut beliau bayaran ini adalah berdasarkan undang-undang bagi jenayah pembunuhan tanpa niat menurut Islam. ‘Undang-undang Sivil hanya memperuntukkan pesalah dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta hilang kelayakan daripada memegang lesen memandu selama tidak kurang dari tiga tahun. 

“Bagaimanapun, keluarga mangsa tidak dapat pembelaan yang sewajarnya sama ada pampasan daripada penjenayah dan sebagainya. Ia sangat berbeza dengan ketetapan ditetapkan di dalam Undang-undang Syariat dalam menyelesaikan kes ini,” dakwanya dalam satu kenyataan semalam. 

Menurut beliau apa yang dinyatakan ini adalah berdasarkan undang-undang Islam, penjenayah kes terebut perlu membayar ganti rugi kepada waris mangsa dalam kadar tiga kali ganda daripada kadar `diyaat asal’iaitu dalam kiraan kasar adalah kira-kira RM1.2 juta. Jadi undang-undang Islam lebih baik daripada undang-undang sivil yang sedia ada kerana bukan sahaja dapat menjatuhkan hukuman kepada penjenayah, tetapi membela waris mangsa dengan sewajarnya. 

“Oleh kerana itulah PAS bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan Undang-undang Syariat ini kerana ia jelas membawa rahmat dan kesejahteraan kepada alam keseluruhannya,” katanya. 

Sumber:
 SIAKAPKELI.

Pemandu Myvi Sudah Dibebaskan Dengan Jaminan Polis Selepas Diambil Keterangan Dan Ujian Air Kencing



KUALA LUMPUR: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah membebaskan pemandu wanita Produa Myvi yang terbabit dalam kemalangan yang meragut tiga nyawa di atas lebuhraya DUKE kelmarin.


Pemandu tersebut telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam keterangan dan ujian air kencing dilakukan.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu telah ditahan semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Pihak kami ada menerima tiga laporan polis dari tiga orang pemandu Produa Myvi yang terlibat dalam kemalangan tersebut dalam tempoh 24 jam."

"Keterangan semua pihak sudah dirakam termasuk seorang saksi kejadian dan siasatan akan mengambil kira semua keterangan berkenaan.

"Kami memandang serius kes kemalangan ini dan siasatan dijangka selesai minggu depan,"katanya dipetik Harian Metro.

Dalam kejadian semalam tiga sekeluarga termasuk seorang bayi enam bulan maut selepas kereta yang dipandu mereka terbabas akibat dirempuh oleh dua buah kereta Myvi yang sedang berlumba dia atas DUKE.

Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia enam bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). 

Sumber:
http://www.sportmusang.com/2015/05/pemandu-myvi-sudah-dibebaskan-dengan.html