Kadang-kadang sesetengah rakyat malaysia ni terlalu cepat membuat keputusan sendiri. Dengan adanya media-media sosial tersebar begitu pantas sesuatu artikel atau dengan kata lain keputusan lebih meluas tanpa sebarang bukti kukuh Daripada kejadian kemalangan maut membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero di lebuh raya duke dari arah damansara.
Kejadian tersebut menyebabkan 3 orang terbunuh termasuk bayi berusia 6 bulan dan 2 lagi cedera ringan. Difahamkan 6 buah kereta produa myvi merupakan ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) terlibat dalam kejadian kemalangan maut tersebut. Oleh demikian salah seorang daripada kelab tersebut menjadi mangsa fitnah oleh segolongan manusia menjalankan siasatan sendiri dan membuat keputusan terburu-terburu dengan mengenalpasti ahli-ahli Familia Myvi Club (FMC) tanpa selidik dengan teliti siapakah ahli yang terlibat dalam kejadian lumba haram sehingga meragut nyawa yang tidak berdosa Mangsa fitnah tersebut yang merupakan ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) menggunakan nama Safuan begitu tertekan dengan tersebar gambar beliau dengan menuduh beliau adalah salah seorang pelumba haram dalam kejadian tersebut
Sebelum ini orang nombor 2 daripada pihak familia myvi club berkunjung di kediaman keluarga mangsa untuk membersihkan nama kelab dan juga ahli-ahli yang tidak terlibat dengan kemalangan tersebut. Selain daripada itu wakil familia myvi club akan melakukan sesuatu untuk kebajikan 2 orang lagi anak mangsa
Sehubungan dengan itu Safuan telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya dan penafian bahawa dirinya terlibat dengan kemalangan maut. Safuan mengatakan sewaktu kejadian dia berada dirumah kakaknya. Safuan dimaklumkan daripada rakannya yang mengatakan gambar kenderaan myvi 1.3 dan profile dirinya diviralkan di media sosial dengan menuduh dirinya terlibat dengan kejadian ngeri tersebut Safuan membuat laporan di balai polis permas jaya johor bahru pada jam 10 malam bertarikh 1/5/2015
"Demi keselamatan saya..mohon jangan salahkan saya" Inilah dikatakan kerana Nila setitik rosak susu sebelanga.. Kami harap orang ramai di luar sana jangan cepat menghukum.
Sumber :
http://www.oomedianetwork.cc/2015/05/difitnah-salah-seorang-ahli-fmc-buat.html#sthash.hIHq4h3j.dpuf
No comments:
Post a Comment